Perlu diketahui bahawa memotong kuku
adalah amalan sunat.
Berkata Saidatina Aisyah
bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik
bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A.
bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya
penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya
keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya
keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk
kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadis
sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut
hari-hari tertentu. Tetapi,
pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan
ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada
hari-hari tersebut.
Jadi, kerat kuku bukan sebarang
kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari
badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain
ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor
sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur
tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Mulakan kerat kuku tu mulai dengan
Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai
habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari
tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari
kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah
sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
MENURUT SEBUAH KITAB JAWA
(Primbon)
Janganlah memotong kuku pada
hari Sabtu, karena
akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.
Janganlah memotong
kuku pada hari Ahad, karena
akan mendapat bencana,
Janganlah memotong
kuku pada hari Isnin, karena
akan ada orang yang dengki atau irihati,
Potonglah kuku pada hari Selasa
karena akan disukai orang banyak.
Potonglah kuku
pada hari Rabu karena
akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.
Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda
akan mendapat rezeki.
Potonglah kuku pada hari Jumaat karena
akan membuat anda disukai dan dicintai orang.
No comments:
Post a Comment